Sunday 7 April 2013
2 comments

13:40

Orang berbuat baik dibalas baik adalah perkara biasa, Orang berbuat jahat dibalas jahat lagilah biasa, orang berbuat baik dibalas jahat juga biasa tetapi orang berbuat jahat tetapi dibalas baik adalah luar biasa.Itulah manusia budiman”-Hamka via Asiah Yunos


Pernahkah anda berada disituasi,di mana seseorang 'menarik muka'  hanya disebabkan kesalahan kecil yang anda lakukan. Situasi ini mungkin  sering terjadi dalam kehidupan seharian kita dan mungkin tanpa kita sedari, kita juga melakukan kesilapan yang sama.

Seperti yang berlaku pada diri saya pada cuti pertengahan semester,sewaktu ingin pulang ke rumah. Ceritanya begini,setelah puas menunggu bas MARA LINER (Shahab Perdana - K.N.) akhirnya ada juga bas,tanpa berlengah saya pun dengan segera menaiki bas tersebut. Bila saya ingin membayar tambang bas, baru saya sedar dalam dompet saya hanyalah ada duit2 'besar'. Lalu saya hulurkan duit besar tersebut, brader tu tanya saya, "Duit kecik tak da ka??",balas sy "Err,tak da langsung lar bang ". Tiba-tiba brader tu buat muka tak puas hati, muka habis ketat da skali dengan reaksi-reaksi.  Dalam hati saya terdetik. "dia ni awat???agak-agak lar nak buat muka camtu pun,satgi sampai K.N.,aku bayaq lar "... Ni yang rasa nak balas balek muka tak puas hati ni walaupun hakikatnya saya bersalah.

Tiba-tiba saya tertanya-tanya,adakah dengan bermasam muka,masalah ini akan selesai??? Cepat-cepat saya istighfar untuk meredakan kemarahan di hati. Tiba saja di K.N.,saya terus minta izin kat brader tu untuk pecahkan wang. Selepas selesaikan tambang bas kat brader tu,saya meminta maaf berkali-kali sambil tersenyum. Saya hairan, kenapa mukanya yang bengis sebelum ini tiba-tiba berubah menjadi tenang.

Subhanallah, sebab inilah Islam mengajar kita agar sentiasa tenang dan bermanis muka antara satu sama lain walau apa pun keadaan.



Apa yang mampu saya katakan,

>Tanamkan sifat pemaaf dalam diri kita kerana kita sebagai manusia biasa sering melakukan dosa.

>Amalkan bermanis muka sesama kita terutama sesama sahabat kita kerana muka yang manis mampu menenangkan jiwa yang melihatnya
 

>Sekali kita senyum,in sha Allah,senyuman kita akan dibalas..Err kalau tak balas juga mungkin ada masalah kot,salah satunya tak cukup tidur
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2 comments:

  1. lain kali hang amik no. fon brader tu nanti ajak kuaq minum sama2... hek3 :P

    ReplyDelete
  2. err..tak mau,pelik dah ambek no. fon laki -_-

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
Top