Sunday 12 May 2013
0 comments

Harga seorang wanita

08:13
MAHALNYA DAN BERHARGANYA SEORANG WANITA...

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?

malu untuk memakai pakaian yg menjolok mata, dengan pakaian yg ketat-ketat,
malu utk berbicara dgn ajnabi,
malu utk berkata yg buruk-buruk,
malu utk utk membuka aurat..
jagalah malu mu...

Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” -cdari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah.

Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)

Nabi bersabda lagi:

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR Bukhari dan Muslim)

Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)

Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.

Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gejala sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita (majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s. [Surah Al-Qasas: 22-28] yang antara petikannya:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25: al-Qasas)

Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak, busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya...

- Hamba Allah -
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top